THESSALONIKI, Greece – Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.

Menurut mereka, kenaikan itu akan menyebabkan perniagaan kereta mayat berkubur.
Para pemandu itu menyatakan, mereka terpaksa membayar cukai jalan enam kali ganda menjelang minggu depan kerana kereta mayat telah dikategorikan sebagai kenderaan persendirian.

Pemilik kereta mayat di bandar ini memandu kenderaan tersebut dari sebuah kawasan perkuburan ke sebuah bangunan pentadbiran wilayah.
Rakan-rakan mereka yang lain di bandar raya Athens memandu kereta mayat dengan perlahan semasa melintasi bangunan Parlimen. – Agensi